SOTO AYAM





Nasi impit – Ready Made punya

Bahannya:
A
Bahan giling atau blender.
1-2 ekor ayam - boleh juga dibelah 2
4-5 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
2.5cm/ 1 inci halia
2.5cm/1 inci lengkuas
2.5cm/1 inci kunyit hidup
3 batang serai
10-15 cili kering
5-8 biji buah keras
sedikit minyak – lebih kurang 5 camb

B
3-4 batang kayu manis
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
5 buah pelaga

C
1 ½ camt serbuk jintan halus
1 ½ camt serbuk jintan kasar
2 camt serbuk ketumbar
4 camb serbuk sup
serbuk lada sulah secukup rasa
gula pengganti perasa
garam secukup rasa

Bahan Hiasan:
Tauge - dicelur,
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang Goreng

Sambal Kicap
Cili padi ( cili yang kecil )
1-2 ulas bawang putih
Kicap secukupnya
Gula, garam secukupnya
Sedikit cuka
5-6 biji limau kasturi
Cara membuatnya senang je blender semua bahan tadi. Setelah itu masukkan kedalam bekas tertutup. Tapi sebelum itu rasa dulu… pastikan kicap melebihi cili rasa jangan terlalu manis kerana tidak sesuai dengan masakan berkuah.

Cara membuat:
Sediakan periuk besar yang boleh muatkan 1hingga 2 ekor ayam. Tumiskan bahan B menggunakan api kecil – hingga naik aroma. Kemudian masukkan bahan A dan B, kacaukan sebentar dalam 5 minit. Masukkan air yang jumlahnya boleh menenggelamkan ayam tadi. Masak hingga mendidih dan hingga terbit minyak dari ayam. Setelah ayam masak keluarkan dari periuk dan biarkan sebentar / sejuk. Isi ayam dicarik dan tulangnya di masukkan kembali dalam periuk.
Susun Nasi impit ke dalam pinggan, tuangkan kuah kemudian masukkan bahan hiasan seperti diatas. Akhir sekali diletakkan sambal kicap….mengikut rasa.

p/s: Nasi Impit boleh digantikan dengan bihun, mi kuning atau kuey tiaw. Soto juga boleh di hidangkan bersama begedil daging dan suhun goreng.