SOTO AYAM





Nasi impit – Ready Made punya

Bahannya:
A
Bahan giling atau blender.
1-2 ekor ayam - boleh juga dibelah 2
4-5 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
2.5cm/ 1 inci halia
2.5cm/1 inci lengkuas
2.5cm/1 inci kunyit hidup
3 batang serai
10-15 cili kering
5-8 biji buah keras
sedikit minyak – lebih kurang 5 camb

B
3-4 batang kayu manis
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
5 buah pelaga

C
1 ½ camt serbuk jintan halus
1 ½ camt serbuk jintan kasar
2 camt serbuk ketumbar
4 camb serbuk sup
serbuk lada sulah secukup rasa
gula pengganti perasa
garam secukup rasa

Bahan Hiasan:
Tauge - dicelur,
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang Goreng

Sambal Kicap
Cili padi ( cili yang kecil )
1-2 ulas bawang putih
Kicap secukupnya
Gula, garam secukupnya
Sedikit cuka
5-6 biji limau kasturi
Cara membuatnya senang je blender semua bahan tadi. Setelah itu masukkan kedalam bekas tertutup. Tapi sebelum itu rasa dulu… pastikan kicap melebihi cili rasa jangan terlalu manis kerana tidak sesuai dengan masakan berkuah.

Cara membuat:
Sediakan periuk besar yang boleh muatkan 1hingga 2 ekor ayam. Tumiskan bahan B menggunakan api kecil – hingga naik aroma. Kemudian masukkan bahan A dan B, kacaukan sebentar dalam 5 minit. Masukkan air yang jumlahnya boleh menenggelamkan ayam tadi. Masak hingga mendidih dan hingga terbit minyak dari ayam. Setelah ayam masak keluarkan dari periuk dan biarkan sebentar / sejuk. Isi ayam dicarik dan tulangnya di masukkan kembali dalam periuk.
Susun Nasi impit ke dalam pinggan, tuangkan kuah kemudian masukkan bahan hiasan seperti diatas. Akhir sekali diletakkan sambal kicap….mengikut rasa.

p/s: Nasi Impit boleh digantikan dengan bihun, mi kuning atau kuey tiaw. Soto juga boleh di hidangkan bersama begedil daging dan suhun goreng.

SATE BONDA


bahannya:
4 kg Daging, ayam- dipotong dadu yang tebalnya 7 mm.

A
2 camt ketumbar biji
1 1/2 camt jintan halus
1 1/2 camt jintan kasar
( goreng di atas kuali dengan api yang kecil. Kacau jangan berhenti sehinggalah berwarna kuning keemasan dan naik aromanya. Keluarkan tumbuk sambil geselkan pada lesung sehingga lumat.)

B
Bahan giling:
3-5 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
4-5 ulas bawang putih
1-2 biji bawang besar
nota: jika tidak ada batu giling, boleh menggunakan pengisar kering. Pastikan ia betul-betul halus. Tidak boleh menggunakan blender biasa.

C
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 cawan gula merah- pekat
Cara penyediaan:
Satukan semua bahan A, B dan C serta daging yang di potong nipis. Perapkan sekurang-kurangnya 4 jam. Cucukkan daging pada lidi 4-5 keping daging. Boleh terus di bakar atau di goreng. Jika hendak goreng, pastikan 20 batang sate diikat getah pada hujung lidi kemudian di goreng deep fry

KUAH SATE
bahannya:
1 kg kacang tanah-di goreng tanpa minyak dan buangkan kulit.

A
20-25 batang cili kering
3-4 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
3-4 biji bawang besar
4-5 ulas bawang kecil
6-8 biji buah keras
Minyak untuk menumis
4-5 camb Kerisik
3-4 asam keping/asam gelugor

B
2 camt ketumbar biji
1 1/2 camt jintan halus
1 1/2 camt jintan kasar
nota: cara penyediaan seperti di atas.

C
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1-1 1/2 cawan gula merah-pekat( pastikan kuah kelihatan coklat pekat)
Cara membuat:
Tumiskan Bahan A hingga terbit minyak. Pastikan jangan menggunakan minyak yang banyak kerana kacang tanah akan mengeluarkan minyak.
Masukkan kacang dan air secukupnya serta asam keping dan kerisik.
Masak dalam api sederhana, kacau jangan berhenti sehingga mendidih.
Masukkan bahan C, pastikan secukup rasa dan jika kuah menjadi pekat pastikan ditambah air.

p/s: Setelah sejuk kuah akan menjadi lagi pekat.

BAKSO

Bahannya:
1 kg daging cincang lumat / kisar
2 biji telur ayam
300 gm tepung ubi/kanji


A
(kisar kering atau blender)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camt lada sulah
2 camt garam atau secukup rasa


Cara membuat:
Campurkan bahan A, telur , tepung ubi dan daging kisar ke dalam mangkuk uli.

Masukkan 1 cawan air sejuk atau ketulan ais. Uli campuran tadi sehingga permukaannya rata dan lembut. Baling doh daging sambil uli untuk pastikan ia anjal.
Panaskan air hingga 60-70 cc kemudian tutup apinya. Bulatkan menggunakan sudu atau tangan mengikut saiz yang dikehendaki. Masukkan bebola ke dalam air panas tadi sehingga habis kesemuanya. Keluarkan.
Masakkan air hingga mendidih, masukkan bebola tunggu sehingga timbul, gunakan penapis dan keluarkan.

Sup

A
Bahan giling atau blender
Air rebusan tulang dan kaki ayam
4-5 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
2.5cm/ 1 inci halia
2.5cm/1 inci lengkuas
3 batang serai
5-8 biji buah keras
sedikit minyak – lebih kurang 5 camb

B
3-4 batang kayu manis
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
5 buah pelaga

C
1 ½ camt serbuk jintan halus
1 ½ camt serbuk jintan kasar
2 camt serbuk ketumbar
4 camb serbuk sup
serbuk lada sulah secukup rasa
gula pengganti perasa
garam secukup rasa


Bahan Hiasan:
Tauge - dicelur,
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang Goreng

Cara membuat:
Sediakan periuk besar yang boleh muatkan 1hingga 2 ekor ayam. Tumiskan bahan B menggunakan api kecil – hingga naik aroma. Kemudian masukkan bahan A dan B, kacaukan sebentar dalam 5 minit. Masak hingga mendidih dan pastikan kaki ayam tadi sudah empuk. Masukkan mi kuning atau bihun kedalam mangkuk, tuangkan kuah kemudian masukkan bahan hiasan seperti diatas. Hidangkan dengan sambal kicap.


p/s: Sambal kicap yang sama dimakan bersama soto.